sign-maxim-cheras-8

Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Hartanah Maxim@Cheras

232 Views

Petikan dari Utusan Malaysia 12 Mac 2015

KUALA LUMPUR 11 Mac – Perjanjian pembelian 36 ruang perniagaan secara berkumpulan melibatkan Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (Ukhwah), Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (Kobeta) dan Koperasi Putri Terbilang Malaysia (Koputri).

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek di sini.
Menurut Hasan, inisiatif tersebut perlu dijadikan contoh kerana memperlihatkan keberanian dan keupayaan kumpulan koperasi itu bersaing memiliki hartanah di dalam kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

“Kemampuan kumpulan koperasi ini membeli hartanah dalam keadaan nilainya yang semakin meningkat harus dipuji. Pembelian unit komersial sebegini juga dapat memberi manfaat kepada anggota masyarakat dengan menggalakkan mereka menyewa dan berniaga di premis tersebut.

“Premis ini juga sesuai ditawarkan kepada ahli koperasi untuk menjalankan perniagaan francais kerana lokasinya yang strategik dikelilingi kawasan perumahan serta pasar raya,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Maxim Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Chor Chee Heung dan Presiden Kumpulan Koperasi Medan Tuanku, Datuk Seri Rahim Baba.

Projek Maxim @ Cheras di Alam Damai yang dibina setinggi 35 tingkat itu merangkumi 542 unit kediaman, 40 unit ruang perniagaan serta kemudahan rekreasi.

Projek pembangunan di lokasi strategik yang dihubungkan melalui stesen Transit Aliran Massa (MRT) Cheras Sentral serta kemudahan akses kepada rangkaian lebuh raya di timur barat dan selatan itu dijangka siap pada Ogos tahun depan.

Dalam pada itu, Hasan turut menggalakkan koperasi di negara ini meneroka bidang pelaburan hartanah bagi meningkatkan perolehan kewangan mereka.

“Saya berharap lebih banyak koperasi di dalam bandar dapat memainkan peranan untuk memiliki premis atau ruang perniagaan kerana pelaburan hartanah yang dibuat di lokasi yang baik sudah pasti akan menghasilkan pulangan yang tinggi,” katanya.

Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
Kuala Lumpur, Malaysia
Sunday, 20th August, 2017
SalatTime
Fajr5:54 AM
Sunrise7:10 AM
Zuhr1:17 PM
Asr4:32 PM
Magrib7:23 PM
Isha8:31 PM