1G7A6651
1G7A6686
1G7A6715

Serah Zakat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

837 Views

Koperasi Ukhwah bersama Kumpulan KOOP Medan Tuanku masih meneruskan Program Salam Ziarah 2018. Kali ini telah dimulakan dengan memberi sumbangan zakat kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Sumbangan ini dibuat rentetan dari kejadian yang telah menimpa pusat tahfiz ini pada tahun lalu di mana ianya telah mengalami kebakaran sehingga mengorbankan beberapa orang pelajar serta guru.

Sehubungan itu, Ukhwah telah mengambil inisiatif dengan memberi bantuan kepada pusat tahfiz ini bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Sumbangan telah disampaikan oleh Tn. Hj Hassan Gondol, Naib Pengerusi Koperasi Ukhwah. Turut hadir En. Razman Rahim, CEO Ukhwah serta kakitangan Kumpulan KOOP Medan Tuanku.

Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
Kuala Lumpur, Malaysia
Monday, 21st May, 2018
SalatTime
Fajr5:42 AM
Sunrise7:02 AM
Zuhr1:10 PM
Asr4:34 PM
Magrib7:18 PM
Isha8:29 PM