• Pajak Gadai Emas

    Pinjaman Pajak Gadai Islam adalah satu skim pinjaman pajak gadai secara Islam. ia terbahagi kepada 2 jenis skim :
    1. Skim Ar-Rahnu
    2. Skim Az-Zahab

    Tujuan
    • Menyediakan alternatif kepada masyarakat terutama orang yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera.
    • Menghapuskan unsur ‘riba’ dalam urusan pajak gadai.
    • Membebaskan golongan peminjam, khususnya umat Islam daripada penindasan oleh pajak gadai konvensional

    Skim Ar-Rahnu

    65% atas nilai marhun atau minimum RM100.00 dan maksimum RM 10,000.00 bagi setiap gadaian.
    Nota: Jumlah maksimum pinjaman yang boleh diberi bagi setiap gadaian ialah 65% atas nilai marhun atau maksimm RM 10,000.00
    Walau bagaimanapun, kuasa budi bicara diberikan kepada Pengurus Kedai untuk meluluskan pinjaman di bawah RM 100.00

    Skim Az-Zahab

    65% atas nilai marhun atau minimum RM 10,001.00 dan maksimum RM 100,000.00 bagi setiap gadaian.
    Keistimewaan Ar-Rahnu X’Change juga ialah bayaran boleh dibuat secara ansuran tanpa had atau tetapan.Tempoh Gadaian juga boleh dipanjangkan mengikut perundingan

    Kiraan Ar-Rahnu

    Tatacara pengiraan bagi Ar-Rahnu adalah seperti di bawah :-
    Pengiraan upah simpan dibuat pada tarikh gadaian ditebus menggunakan formula berikut:

    US = NM X (K/100) X 12 (T/365)
    US Upah Simpan NM Nilai Marhun
    T Tempoh (Hari) K Kadar

    Contoh 1

    Nilai Marhun = RM 1,200.00
    Jumlah Pinjaman = RM 780.00 (65% atas nilai marhun)
    Tarikh Gadaian = 15 Julai 2009
    Tempoh = 180 Hari (6 Bulan)
    Tarikh Matang = 15 Januari 2010
    Kadar Upah Simpan = RM 0.65

  • Ukhwah Ar-Rahnu Exchange

    No. 20, Tingkat Bawah, Jalan Medan Tuanku 1,
    50300 Kuala Lumpur
    Tel : 603 – 2692 7773
    Fax : 603 – 2672 7776

Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
Kuala Lumpur, Malaysia
Sunday, 20th August, 2017
SalatTime
Fajr5:54 AM
Sunrise7:10 AM
Zuhr1:17 PM
Asr4:32 PM
Magrib7:23 PM
Isha8:31 PM