Penyalahgunaan Logo dan Nama Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad

 

Koperasi Ukhwah menggesa orang ramai supaya berhati-hati terhadap penggunaan logo dan nama Koperasi Ukhwah tanpa kebenaran sah dan disalahgunakan bagi mempromosikan mana-mana laman web, produk atau program pelaburan. Aduan dan siasatan Polis telah diterima mengenai penggunaan identiti korporat Koperasi Ukhwah bagi tujuan pengenaan caj perkhidmatan berkaitan produk pembiayaan koperasi dan kutipan deposit pembelian hartanah. Sebarang caj perkhidmatan [sekiranya ada] sepatutnya dibayar terus ke akaun Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad tanpa melalui pihak ketiga.

Anggota-anggota Koperasi Ukhwah yang membuat permohonan pembiayaan peribadi perlu berwaspada ke atas perkara-perkara berikut;

  • Tiada bayaran pendahuluan dikenakan untuk permohonan pembiayaan Koperasi Ukhwah.
  • Pemohon tidak perlu menyerahkan kad ATM atau buku Akaun Bank kepada pihak koperasi [Staf pemasaran/Agen].
  • Wang pembiayaan yang diluluskan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon. Penggunaan akaun pihak ketiga adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  • Staf Pemasaran/Agen tidak dibenarkan menuntut sebarang komisen atau bayaran daripada pemohon.
  • Hanya Staf Pemasaran/Agen Koperasi Ukhwah yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk memasarkan produk pembiayaan ini. Semakan agen berdaftar boleh dibuat melalui laman sesawang Koperasi Ukhwah atau SMS ke 019-3694507.
  • Koperasi Ukhwah tidak menggunakan agen untuk mengutip deposit. Sebarang bayaran [jika ada] perlu dibayar terus ke Akaun Koperasi Ukhwah tanpa melalui agensi atau pihak ketiga.

Laporan Polis dan Dakwaan Mahkamah boleh dibuat oleh Koperasi Ukhwah sekiranya agen koperasi/pemohon disyaki terlibat dengan kesalahan-kesalahan diantaranya;

  • Pengubahsuaian dan penipuan penyata gaji pemohon.
  • Penyalahgunaan cop majikan.
  • Penipuan tandatangan majikan.
  • Pengubahsuaian surat pengesahan majikan.
  • Pengubahsuaian penyata penyelesaian pinjaman dari institusi kewangan.
  • Penipuan atau pemalsuan maklumat peribadi pemohon seperti no telefon, alamat, tandatangan dan lain-lain.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai dinasihati supaya menghubungi Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad di talian 03-26929222 atau melalui e-mel di agma@ukhwah.com.my.

Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
Kuala Lumpur, Malaysia
Thursday, 29th June, 2017
SalatTime
Fajr5:45 AM
Sunrise7:08 AM
Zuhr1:17 PM
Asr4:43 PM
Magrib7:26 PM
Isha8:39 PM