Soalan-soalan Lazim

  • Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi?

    a) Warganegara Malaysia;
    b) Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun;
    c) Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi ini; dan
    d) Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang dari keanggotaan mana-mana koperasi.

  • Bolehkah menjadi ahli Ukhwah tanpa mengambil pinjaman pembiayaan peribadi?

    Boleh, hanya perlu mendaftar dan membayar yuran bulanan. Anda akan menjadi ahli kelab UkhwahCare dan boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

  • Siapakah yang layak memohon pembiayaan UKHWAH?

    Ahli dan bakal ahli UKHWAH yang berkhidmat disektor kerajaan dan badan berkanun, yang berusia 19-55 tahun, berjawatan tetap dan berkhidmat melebihi melebihi 4 bulan. Pemohon berjawatan kontrak boleh dipertimbangkan tertakluk pada pihak pengurusan.

  • Berapakah jumlah pembiayaan maksimum?

    Pembiayaan maksimum (terbaru) adalah Rm250,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?

    Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 peratus dari jumlah pendapatan kasar.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?

    Semua jenis elaun/imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh; elaun khidmat awam, elaun perumahan, elaun wilayah, elaun keraian, elaun kritikal, elaun khas kementerian dan lain-lain.

  • Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan?

    Tidak. Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

  • Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tanggungan lain?

    Boleh. Sila sertakan penyata baki tanggungan semasa pemohon. Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru di mana ia mestilah tidak melebihi kadar 60 peratus yang ditetapkan.

  • Adakah pembiayaan ini memerlukan penjamin?

    Tidak diperlukan.

  • Berapa peratuskah jumlah bersih pinjaman yang akan diterima oleh pemohon?

    Pemohon akan mendapat 91 peratus hingga ke 93 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

  • Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan ini?

    Tempoh pemprosesan adalah dari 7 sehingga 10 hari bekerja.

  • Adakah ‘blacklist’ layak memohon?

    ‘Blacklist’ juga layak memohon.

  • Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?

    Tempoh adalah dari 12 – 180 bulan. (Tertakluk kepada pihak pengurusan).

  • Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?

    Bayaran balik adalah melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

  • Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayan ini?

    Dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan kad pengenalan, 3 salinan surat beranak (PDRM sahaja), 1 bulan slip gaji terkini dan 3 salinan untuk setiap bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan) dan penyata penyelesian awal (jika perlu).

  • Bagimanakah caranya untuk memohon pembiayaan ini?

    Dapatkan borang permohonan di Pejabat UKHWAH berhampiran atau hubungi pegawai pemasaran yang dilantik atau boleh menghubungi talian HOTLINE 03-26944922

  • Siapa yang layak menjadi ahli dan bagaimana caranya?

    a.    Semua yang berusia 18 tahun ke atas;
    b.    Lengkapkan borang dan hantar ke Pejabat Ukhwah beserta wang pembayarannya. Borang juga boleh didapati dari Pejabat Ukhwah atau dimuat turun dari website Ukhwah;

    Borang Permohonan Menjadi Anggota

Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
Kuala Lumpur, Malaysia
Sunday, 20th August, 2017
SalatTime
Fajr5:54 AM
Sunrise7:10 AM
Zuhr1:17 PM
Asr4:32 PM
Magrib7:23 PM
Isha8:31 PM