• KEBAJIKAN UKHWAH Care

    (Ahli yang membuat pinjaman sahaja)

    – Khairat kematian
    – Perkahwinan
    – Kelahiran Anak

    *Mengikut Terma dan Syarat

    DERMASISWA KEPADA PELAJAR CEMERLANG

    (Ahli yang membuat pinjaman sahaja)

    Koperasi UKHWAH menawarkan biasiswa
    kepada anak-anak anggota yang cemerlang
    di dalam pelajaran bagi melanjutkan
    pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

    *Mengikut Terma dan Syarat

     

    PENGINAPAN DI KUALA LUMPUR

    Koperasi menyediakan kemudahan
    penginapan hotel bajet kepada anggota
    di sekitar Kuala Lumpur dengan harga
    yang berpatutan.

    *Mengikut Terma dan Syarat

    AGEN KORPORAT TAKAFUL (Etika Takaful & Takaful Ikhlas)

    Menawarkan perkhidmatan perlindungan
    takaful am dan bermotor kepada semua
    anggota koperasi dan rebat khas buat
    anggota yang layak.

    *Mengikut Terma dan Syarat

     

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SUMBANGAN

    1) Menjadi ahli sekurang-kurangnya 3 tahun.
    2) Tidak pernah memohon sebarang sumbangan di koperasi dan menerima sebarang faedah lain seperti sumbangan kelahiran, sumbangan dermasiswa, sumbangan perkahwinan serta sumbangan untuk anak ahli cemerlang.
    3) Tarikh permohonan tidak melebihi 6 bulan dari tarikh peristiwa.
    4) Kelayakan untuk sumbangan dermasiswa hanya kepada anggota koperasi atau anak anggota sahaja.
    5) Sumbangan hanya sekali sahaja boleh dimohon daripada kesemua sumbangan yang disenaraikan.
    6) Kelayakan utk memohon khairat kematian hanya kepada anggota dan pasangan atau ibu / bapa (sekiranya anggota bujang)

    *Mengikut Terma dan Syarat

    DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

    SUMBANGAN KELAHIRAN

    – Surat rasmi mohon sumbangan
    – Salinan surat beranak anak
    – Salinan kad pengenalan anggota & pasangan
    – Salinan sijil nikah
    – Salinan slip gaji anggota terkini
    – Salinan buku akaun gaji.

    *Mengikut Terma dan Syarat

    SUMBANGAN PERKAHWINAN

    – Surat rasmi mohon sumbangan
    – Salinan sijil nikah
    – Salinan kad pengenalan anggota dan pasangan
    – Salinan slip gaji anggota yang terkini
    – Salinan buku akaun gaji anggota yg terkini.

    *Mengikut Terma dan Syarat

     

    SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN

    – Surat rasmi utk memohon sumbangan
    – Salinan sijil kematian
    – Salinan kad pengenalan waris yg memohon
    – Salinan kad pengenalan simati atau surat beranak
    – Salinan sijil nikah bagi pasangan
    – Surat akaun bujang dari majikan untuk anggota
    – Salinan buku akaun pemohon yang aktif.

    *Mengikut Terma dan Syarat

    SUMBANGAN DERMASISWA

    – Surat rasmi mohon sumbangan
    – Salinan surat tawaran IPTA sahaja (anak / diri sendiri)
    – Salinan kad pengenalan pemohon(ahli) dan anak yang menerima tawaran
    – Salinan surat beranak anak
    – Salinan slip gaji anggota yang terkini
    – Salinan buku akaun anggota yg terkini.

    *Mengikut Terma dan Syarat

  • Syarat-syarat Keahlian Ukhwah

    1. Warganegara Malaysia
    2. Telah mencapai umur lapan belas tahun
    3. Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi ini; dan
    4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang dari keanggotaan mana-mana koperasi

     

    Yuran Keahlian

    1. Minimum Saham RM100
    2. Yuran Pendaftaran RM10.60
    3. Yuran tabungan RM120 untuk setahun dan perlu di perbaharui setiap tahun

    a.    Bank-in RM230.60 ke akaun :
    Nama Akaun Bank – Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad.
    Nombor Akaun Bank – Maybank 564342-81038-5
    dan fax bank-in slip ke nombor  03 – 2691 0530
    b.   Bagi yang sudah atau akan memohon pinjaman peribadi dengan Koperasi Ukhwah, keahlian adalah automatik dan tidak perlu membuat bayaran untuk menjadi ahli  koperasi Ukhwah.

  • S:Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi?
    J: a) warganegara Malaysia
    b) telah mencapai umur lapan belas tahun
    c) bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi ini; dan
    d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang dari keanggotaan mana-mana koperasi

    S: Bolehkah menjadi ahli Ukhwah tanpa mengambil pinjaman pembiayaan peribadi?
    J: Boleh, hanya perlu mendaftar dan membayar yuran bulanan. Anda akan menjadi ahli kelab UkhwahCare dan boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

    S: Siapa yang layak menjadi ahli dan bagaimana caranya?
    J: a.    Semua yang berusia 18 tahun ke atas.
    b.    Lengkapkan borang dan hantar ke pejabat Ukhwah beserta wang pembayarannya. Borang juga boleh didapati dari pejabat Ukhwah atau dimuat turun dari website

    S: Bagaimana cara untuk membuat permohonan atau tuntutan bagi mendapatkan kelebihan serta faedah sebagai ahli Koperasi Ukhwah?
    J: a.    Semua permohonan itu adalah hak mutlak ahli yang harus dituntut. Dan permohonan mestilah tidak melebihi enam bulan dari peristiwa kejadian.
    b.    Ahli hanya perlu menunjukkan bukti berkaitan serta surat permohonan. Pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada syarat-syaratnya tersendiri.
    c.    Hubungi bahagian Kebajikan UkhwahCare: 03-26914530/03-2694 2530/03-2692 5530 dan fak: 03-2694 1530/03-2691 053

    S: Bagaimana jika seseorang ingin berhenti daripada keahlian?
    J: a.    Ahli hanya perlu menulis surat rasmi dan bertandatangan. Surat itu boleh dipos atau fax (03-26941530) ke pejabat Ukhwah.
    b.   Jika ahli ada membuat pinjaman peribadi, pinjaman itu harus dilunaskan terlebih dahulu.
    c.    Proses menamatkan keahlian memerlukan masa untuk diproses*

    S: Berapa lama proses menamatkan keahlian dan potongan keahlian melalui Angkasa?
    J: a.    Proses menamatkan keahlian mengambil masa 2 hingga 3 bulan dari tarikh penerimaan surat permohonan pemberhentian ahli oleh pegawai Ukhwah.
    b.    Potongan BPA akan tamat serentak dengan penamatan keahlian.
    c.    Pemulangan wang simpanan dan wang saham ahli akan dibuat apabila proses panamatan ahli selesai.
    d.    Sebaiknya ahli yang ingin menamatkan keahliannya boleh menghubungi terus  Pn. Rahayu/ Pn.Haznin 03-2691 4530 di pejabat Ukhwah sebaik saja tamat pemotongan  pinjaman dalam slip gaji ahli.

Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
Kuala Lumpur, Malaysia
Sunday, 20th August, 2017
SalatTime
Fajr5:54 AM
Sunrise7:10 AM
Zuhr1:17 PM
Asr4:32 PM
Magrib7:23 PM
Isha8:31 PM