Ukhwah Sampaikan Sumbangan Zakat
Majlis serahan Zakat Koperasi Ukhwah telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Masjid Saidina Othman, Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Seramai 40 pelajar miskin telah dipilih untuk menerima sumbangan zakat bagi meringankan sedikit bebanan keluarga mereka.
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ukhwah, Muhammad Razman Rahim. Turut hadir Naib Pengerusi Ukhwah, Tuan Hj. Hassan Gondol.
Ucapan terima kasih kepada Pengetua, Guru, Pelajar & Ibubapa yang terlibat dalam majlis sebentar tadi.


















