Pajak Gadai Emas

Pinjaman Pajak Gadai Islam adalah satu skim pinjaman pajak gadai secara Islam. Ia terbahagi kepada 2 jenis skim :
1. Skim Ar-Rahnu
2. Skim Az-Zahab

Tujuan

  • Menyediakan alternatif kepada masyarakat terutama orang yang berpendapatan rendah dalam memenuhi keperluan wang tunai secara segera.
  • Menghapuskan unsur ‘riba’ dalam urusan pajak gadai.
  • Membebaskan golongan peminjam, khususnya umat Islam daripada penindasan oleh pajak gadai konvensional

Skim Ar-Rahnu

65% atas nilai marhun atau minimum RM100.00 dan maksimum RM 10,000.00 bagi setiap gadaian.

Nota: Jumlah maksimum pinjaman yang boleh diberi bagi setiap gadaian ialah 65% atas nilai marhun atau maksimm RM 10,000.00

Walau bagaimanapun, kuasa budi bicara diberikan kepada Pengurus Kedai untuk meluluskan pinjaman di bawah RM 100.00

Skim Az-Zahab

65% atas nilai marhun atau minimum RM 10,001.00 dan maksimum RM 100,000.00 bagi setiap gadaian.

Keistimewaan Ar-Rahnu X’Change juga ialah bayaran boleh dibuat secara ansuran tanpa had atau tetapan. Tempoh Gadaian juga boleh dipanjangkan mengikut perundingan.

Kiraan Ar-Rahnu
Tatacara pengiraan bagi Ar-Rahnu adalah seperti di bawah :-

Pengiraan upah simpan dibuat pada tarikh gadaian ditebus menggunakan formula berikut :

US = NM X (K/100) X 12 (T/365)
US Upah Simpan NM Nilai Marhun
T Tempoh (Hari) K Kadar

Contoh 1

Nilai Marhun = RM 1,200.00
Jumlah Pinjaman = RM 780.00 (65% atas nilai marhun)
Tarikh Gadaian = 15 Julai 2009
Tempoh = 180 Hari (6 Bulan)
Tarikh Matang = 15 Januari 2010
Kadar Upah Simpan = RM 0.65


Ukhwah Ar-Rahnu Exchange

No. 20, Tingkat Bawah,
Jalan Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur
Tel : 603 - 2692 7773
Fax : 603 - 2672 7776