Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1998 dan dikenali sebagai Koperasi Usahawan Islam Malaysia Berhad di Kuala Lumpur dengan keanggotaan permulaan seramai 100 orang.
Aktiviti perniagaan awal adalah mengendalikan kantin makanan ringan di sebuah Ma’ahad Tahfiz di Kuala Lumpur.
Kemudian perniagaan beralih kepada memasarkan produk makanan yang diusahakan oleh masyarakat Islam, iaitu kicap soya, cili sos dan cuka. Malangnya aktiviti pemasaran produk tersebut menghadapi cabaran besar yang memerlukan modal pusingan yang besar, akhirmya koperasi menamatkan aktiviti pemasaran ini.
Pada tahun 2002 koperasi ini telah meningkatkan sistem pentadbirannya dan telah menukarkan nama kepada Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (UKHWAH). Koperasi Ukhwah telah terpilih untuk diberi kepercayaan oleh Ambank Berhad, untuk memasarkan produk Kewangan Islam Bai Al-Inah kepada masyarakat Malaysia. Ia bermula dengan peruntukan sebanyak RM5 juta, dan seterusnya koperasi mendapat kepercayaan Ambank sehingga peruntukan ditambah kepada RM50 juta.
Serentak dengan itu, Koperasi Ukhwah juga turut melancarkan kelab UKHWAHCare, dengan tujuan sebagai “added value” kepada masyarakat yang terlibat dengan gerakan koperasi. “Added value” ini berupa pelbagai kebajikan dan faedah yang disediakan oleh Koperasi Ukhwah kepada angota-anggotanya. Sekaligus ini menarik kesetiaan atau “loyalty” anggota koperasi dan juga masyarakat luar.
Ambank terus memberi sokongan kepada Koperasi Ukhwah dengan meningkatkan dana sebanyak RM800 juta untuk produk pembiayaan Bai Al Inah.
Serentak dengan itu juga, pihak Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) juga memberikan kepercayaan kepada Koperasi Ukhwah dengan memperuntukan dana “working capital” sebanyak RM110 juta, sesuai dengan semangat kerjasama antara dua koperasi ini ternyata konsep “added value” UKHWAHCare menjadi faktor daya penarik hingga keanggotaan Koperasi Ukwah meningkat kepada 50,000 orang.
Sekitar tahun 2008, Koperasi Ukhwah telah menambah rangkaian perniagaannya dalam bidang emas dan perhiasan dengan membuka cawangan Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu X’change. Ar-Rahnu X’change merupakan francais Bank Rakyat yang menawarkan perkhidmatan pajak gadai berteraskan sistem perundangan Islam
Pada tahun 2011 koperasi Koperasi UKHWAH telah melakukan penjenamaan semula kepada Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad. Mula berkembang pesat dalam sektor Hartanah sehingga ke peringkat Antarabangsa seperti London, Melbourne dan Beijing.
Ini adalah satu perniagaan yang sangat strategik serta pelaburan yang menguntungkan di masa hadapan.
Tahun 2014 sekali lagi Koperasi Ukhwah melebarkan sayap perniagaan dengan membuat pelaburan dalam bidang kuari. Pemilikan ekuiti di dalam Bertam Quarry Sdn Bhd mampu memberikan impak yang positif kepada perniagaan Koperasi Ukhwah untuk terus bersaing di bidang perniagaan di Malaysia bahkan di peringkat Asia dan antarabangsa.
Dengan kepelbagaian bidang perniagan yang diceburi menjadikan Koperasi Ukhwah salah sebuah koperasi sebagai pemangkin dalam meningkatkan martabat koperasi ke peringkat yang lebih tinggi.