Salam Ziarah Ukhwah 2017 @ Parlimen Larut
Program CSR Koperasi Ukhwah iaitu Salam Ziarah Coop 2017 telah bermula dengan serahan zakat dikawasan Parlimen Larut, Perak.
2 Pertubuhan telah dipilih iaitu Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih, Ulu Sepetang, Perak (pusat jagaan anak yatim miskin – 47 anak yatim) dan Madrasah Nurul Bastiah Lil Banat, Selama, Perak (29 penuntut).
Sumbangan berupakan barangan keperluan dapur dan wang tunai untuk keperluan pertubuhan tersebut telah disampaikan oleh Naib Pengerusi Ukhwah Yn. Hj. Hassan Gondol dan Ketua Pegawai Eksekutif Ukhwah, En. Mohamad Razman. Semoga usaha kami diberkati Illahi..