Sumbangan Zakat Ukhwah Surau Al-Hamidin
Majlis penyerahan sumbangan zakat Ukhwah kepada golongan asnaf sekitar Taman Cahaya, Ampang.
Sumbangan berupa keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, susu, telur, sardin dan teh diberikan kepada kira-kira 23 orang asnaf yang terpilih.
Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Hassan Gondol, Naib Pengerusi Koperasi Ukhwah di Surau Al-Hamidin, Taman Cahaya, Ampang, Selangor