Ukhwah Sumbang Zakat Kepada Penduduk Larut
Ukhwah telah menyampaikan sumbangan zakat bernilai RM5000 kepada Hj. Zamzuri, salah seorang penduduk di Batu Kurau, Perak. Sumbangan zakat ini bertujuan untuk beliau membaiki rumahnya.
Sumbangan telah disempurnakan oleh CEO Ukhwah Mohamad Razman Rahim dan disaksikan oleh Menteri KPDNKK merangkap Ahli Perlimen Larut YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Pengerusi Eksekutif SKM Dato’ Dr. Noor Zari Hamat, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM Tn. HJ Mat Deris Jusoh serta beberap dif-dif terhormat lagi.
Yb Menteri juga turut merasmikan Arena Pekan Selasa Koperasi Pasar Dan Perniagaan Batu Kurau Berhad dan Program Lestari Modal Insan Koperasi Serta Rakyat.














