Majlis Bacaan Yaasin & Sambutan Maulidur Rasul Kumpulan KOOP
Sempena kedatangan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal 1440H bersamaan 20 November 2018 lalu, Umat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang bersejarah ini.
Tidak ketinggalan bagi pihak pengurusan Kumpulan KOOP Medan Tuanku (Koperasi Ukhwah, Koputri & Kobeta) turut mengambil peluang bagi meraikan majlis Maulidur Rasul pada tahun ini.
Majlis yang berlangsung di Dewan Konvensyen Ukhwah (UCC) Medan Tuanku ini telah dihadiri kira-kira 100 orang yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan koperasi di sekitar Medan tuanku ini
Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh saudara Ustaz Hisham, di ikuti dengan Bacaan Yaasin dan disusuli dengan berselawaat ke atas Nabi Muhammad SAW. Majlis di akhiri dengan jamuan tengah hari serta solat Zohor secara berjemaah.

