Skuad COOP Medan Tuanku Ziarah Warga Tua
Hari ini Skuad Salam Ziarah Kumpulan COOP Medan Tuanku telah membuat lawatan ke rumah jagaan warga tua dalam siri Salam Ziarah COOP 2019
Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang-orang Tua Al-Ikhlas yang terletak di Pulau Meranti, Puchong, Selangor telah menjadi pilihan agihan zakat untuk bulan ini. Rumah jagaan ini telah beroperasi selama 17 tahun dan diusahakan dan diseliakan oleh seorang bekas ketua jururawat Hospital Kuala Lumpur iaitu Pn. Muji Binti Hj Sulaiman.
Di rumah jagaan ini, terdapat kira-kira 50 orang warga tua yang terdiri dari warga lelaki dan wanita yang datang dari segenap pelusuk Semenanjung Malaysia. Apa yang menarik, konsep yang diterapkan di rumah jagaan ini berkonsepkan di dalam wad hospital. Suasana ini dapat dilihat berdasarkan penggunaan serta susun atur katil seolah-olah berada di dalam wad hospital.
Sumbangan zakat berupa wang tunai serta cadar katil telah disumbangkan oleh pihak Koperasi Ukhwah yang telah disampaikan oleh Tn Hj Hassan selaku Naib Pengerusi Ukhwah kepada Pn. Muji. Turut hadir En Razman Rahim selaku Pengerusi Kumpulan COOP Medan Tuanku, Pn Sharifah Aminah, Pengerusi Koputri serta En Fikri, Pengurus Kobeta serta kakitangan Koperasi Medan Tuanku.