Program Salam Ziarah KOOP Medan Tuanku Siri-13
Program Salam Ziarah COOP Siri-13
Cheras, Kuala Lumpur
Sabtu | 12 Dec 2020
…………………………………………………………………..
Pihak Koperasi Ukhwah telah menyantuni keluarga Puan Norlida di Flat Tmn Bukit Anggerik Cheras Kuala Lumpur. keluarga seramai 9 orang ini memerlukan sedikit bantuan bagi membantu keperluan seharian mereka. Suami Puan Norlida mengalami penyakit ketumbuhan manakala anak bongsunya (anak ke-7) menghadapi masalah pernafasan (paru-paru).
Pihak Koperasi Ukhwah melalui Tuan Haji Mohd Hassan (Timb. Pengerusi) telah turun padang untuk menyampaikan sendiri sumbangan Zakat Waqalah ini kepada Puan Norlida sekeluarga.
Sumbangan yang disampaikan berupa barangan keperluan dapur serta wang tunai untuk keperluan persekolahan anak-anaknya nanti, Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan ahli keluarga Puan Norlida ini.