Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Ukhwah Cerminan Tanggungjawab Ummah

461 Views

Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Ukhwah Cerminan Tanggungjawab Ummah
Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Rabu | 27 Ogos 2025

Seramai 30 orang kakitangan beserta bahagian pengurusan telah menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad. Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada kakitangan tentang tatacara pengurusan jenazah mengikut syariat Islam.

Kursus dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan taklimat pengenalan oleh penceramah jemputan Ustaz Abd Fatah Yusof, yang menekankan kepentingan ilmu pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah yang perlu dikuasai oleh umat Islam.

Kursus ini dimulakan dengan ceramah teori oleh penceramah, yang menyentuh aspek hukum-hakam serta adab-adab ketika mengurus jenazah. Antara perkara yang dibincangkan termasuk:

  • Tanda-tanda kematian dan apa yang perlu dilakukan
  • Adab melawat orang nazak
  • Cara memandikan jenazah mengikut sunnah
  • Teknik mengkafankan yang betul
  • Panduan solat jenazah
  • Proses pengebumian serta pengurusan waris

Bahagian kedua kursus memberi fokus kepada latihan amali, di mana para peserta dibimbing secara langsung melalui simulasi sebenar menggunakan alat bantuan keatas 2 orang peserta yang sukarela menjadi jenazah.

Kursus seperti ini bukan sahaja melengkapkan ilmu masyarakat, malah memperkukuh semangat gotong-royong dan keprihatinan dalam komuniti. Ia juga mendidik umat Islam untuk tidak menyerahkan tanggungjawab akhir hayat kepada segelintir individu sahaja.

Majlis penutup disempurnakan denyan penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan. Kursus diakhiri dengan jamuan tengah hari dan sesi soal jawab bersama penceramah.

Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
Unit Settlement
  +603 - 2692 9222 ext 128
  fullsettlement@ukhwah.com.my
Kuala Lumpur, Malaysia
Thursday, 5th February, 2026
SalatTime
Fajr6:09 AM
Sunrise7:27 AM
Zuhr1:27 PM
Asr4:49 PM
Magrib7:27 PM
Isha8:36 PM
Staff Login