Usrah Perdana Anjuran Ukhwah Sempena Maulidur Rasul Penuh Penghayatan

357 Views

Usrah Perdana Anjuran Ukhwah Sempena Maulidur Rasul Penuh Penghayatan
Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Khamis | 11 September 2025

Program Usrah Perdana sempena Maulidur Rasul telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Program ini dianjurkan oleh Koperasi Ukhwah dengan tujuan memperkukuh ukhwah, menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, serta meningkatkan kefahaman terhadap sunnah baginda.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin, doa selamat diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW secara beramai-ramai yang membangkitkan suasana syahdu dan penuh keberkatan. Antara pengisian utama ialah tazkirah bertajuk “Mencontohi Kepimpinan Rasulullah SAW Dalam Mendepani Kehidupan Semasa” yang disampaikan oleh Y.Bhg Ustaz Mohd Rahimi bin P.Ramlee, yang menekankan kepentingan umat Islam mencontohi akhlak baginda dalam aspek keluarga, masyarakat dan kepimpinan.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti kuiz sirah, pertandingan selawat, dan sesi perbincangan kelompok kecil yang menggalakkan perkongsian ilmu serta pengalaman dalam menghayati perjuangan Rasulullah SAW.

Program ini diakhiri dengan doa penutup majlis dan jamuan tengahariSemoga program Usrah Perdana Maulidur Rasul ini dapat diteruskan sebagai tradisi tahunan demi memperkukuh kecintaan umat Islam terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW.

Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
Unit Settlement
  +603 - 2692 9222 ext 128
  fullsettlement@ukhwah.com.my
Kuala Lumpur, Malaysia
Thursday, 5th February, 2026
SalatTime
Fajr6:09 AM
Sunrise7:27 AM
Zuhr1:27 PM
Asr4:49 PM
Magrib7:27 PM
Isha8:36 PM
Staff Login