Sumbangan Zakat Wakalah Ringankan Beban Pelajar Yatim Dan Asnaf Subang Jaya, Selangor Isnin | 15 Disember 2025
Seramai 25 orang pelajar asnaf dan anak yatim serta 15 orang guru Sekolah Rendah Agama Subang Mewah USJ 1 telah menerima sumbangan zakat wakalah dari Koperasi Ukhwah dalam satu majlis ringkas yang diadakan baru-baru ini. Sumbangan ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan keluarga pelajar khususnya bagi keperluan harian.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Hassan selaku Naib Pengerusi Ukhwah dengan kerjasama pihak sekolah. Diharapkan bantuan ini dapat memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus bersemangat dalam menuntut ilmu dan mencapai kecemerlangan akademik serta sahsiah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang atas keprihatinan terhadap kebajikan pelajar asnaf.