Aidilfitri menjelma lagi, membawa sinar kemenangan setelah sebulan berjuang menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadan. Syawal hadir sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Ilahi buat hamba-Nya yang sabar dan istiqamah.
Di hari yang mulia ini, marilah kita saling bermaafan, mengeratkan silaturahim serta menyemai kembali kasih sayang yang mungkin terlerai. Semoga Syawal kali ini membawa seribu kegembiraan dan keberkatan dalam kehidupan kita.
💫 “Sesungguhnya kemenangan yang sebenar bukanlah pada pakaian yang baru, tetapi pada hati yang bersih dan penuh keampunan.”
Semoga segala amalan kita diterima dan kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Ikhlas dari Ahli Lembaga Koperasi, Pentadbiran & warga kerja Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad