Usrah Perdana Koperasi Ukhwah Sempena Awal Muharam 1448H Penuh Dengan Pengisian
Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Khamis | 25 Jun 2026
Koperasi Ukhwah telah menganjurkan Usrah Perdana sempena Sambutan Awal Muharam 1448H di Koputri Convention Centre, Wisma Koputri, Kuala Lumpur, dalam suasana penuh penghayatan dan semangat ukhuwah.
Program dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin, tahlil dan doa selamat yang disertai oleh para jemputan dan warga koperasi bagi memohon keberkatan serta kesejahteraan sempena kedatangan tahun baharu Hijrah.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Y.Bhg. Datuk Razman Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Ukhwah, yang menekankan kepentingan menghayati semangat hijrah sebagai pemangkin perubahan ke arah kecemerlangan diri, organisasi dan masyarakat.
Acara kemuncak program ialah ceramah khas bertajuk “Hijrah – Bersediakah Kita” yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Abdul Fatah bin Yusof (PDRM). Ceramah tersebut memberi penekanan kepada persediaan mental, spiritual dan fizikal dalam menghadapi cabaran semasa serta kepentingan melakukan perubahan positif berteraskan nilai-nilai Islam.
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial koperasi, majlis turut menyaksikan penyampaian Sumbangan Zakat Wakalah berjumlah RM3,000 kepada 30 orang anak asnaf dari Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Kuala Lumpur, serta RM1,000 kepada Surau Al Azhar, Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Hassan, Naib Pengerusi Koperasi Ukhwah, kepada Puan Hajah Isrosnaizah binti Ishak, guru sekolah berkenaan dan disaksikan oleh Y.Bhg. Datuk Razman Rahim.
Program berakhir dengan jamuan makan tengah hari, sekali gus menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan peserta dan tetamu yang hadir.
Penganjuran Usrah Perdana ini mencerminkan komitmen berterusan Koperasi Ukhwah dalam memperkukuh pembangunan rohani, memupuk semangat kebersamaan serta menyantuni golongan yang memerlukan selaras dengan prinsip dan nilai koperasi.
Menu
Bilik Berita
Hubungi Kami
| Unit Pemasaran & Pembiayaan |
| +603 - 2698 6922 | |
| +603 - 2202 8818 | |
| marketing@ukhwah.com.my | |
| Maklum Balas |
| Agensi Pemasaran |
| +603 - 2692 9222 | |
| agma@ukhwah.com.my |
| Unit Keanggotaan |
| +603 - 2692 9403 | |
| membership@ukhwah.com.my |

