Program Salam Ziarah Ukhwah 2019
Antara program CSR yang dianjurkan Koperasi Ukhwah adalah dengan memberi bantuan atau sumbangan kepada warga Asnaf. Kali ini pihak Ukhwah telah menyantuni sebuah keluarga iaitu keluarga Pn. Siti Shahidatul Akma Binti Mohd Ghazali di mana anaknya yang berumur 6 tahun telah mengidap sakit jantung.
Serahan sumbangan zakat berupa wang tunai RM500 (wang tunai + barangan dapur) kepada keluarga Pn. Siti Shahidatul Akma Binti Mohd Ghazali di rumah beliau di Taman Ikan Emas, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Serahan zakat telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hassan Gondol selaku Naib Pengerusi Ukhwah