Program Salam Ziarah KOOP Medan Tuanku Siri-11
Program Salam Ziarah COOP Siri-11
Subang Jaya, Selangor
Khamis | 3 Dec 2020
…………………………………………………………………..
Pihak Koperasi Ukhwah bersama dengan Koperasi Kobeta telah turun padang bagi menyantuni pengurusan Sekolah Agama Masjid Darul Ehsan SS15 Subang Jaya untuk program Salam Ziarah Koperasi Medan Tuanku 2020.
Pada majlis ini telah disampaikan sumbangan Zakat Waqalah Koperasi Ukhwah kepada pihak pengurusan sekolah agama sebanyak RM 5,000 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ukhwah Sdr Mohamad Razman. Manakala pihak Koperasi Kobeta yang diwakili oleh Pengerusinya En Nasution Ismail turut sama menyampaikan sumbangan Zakat Waqalah kepada pengurusan sekolah agama sebanyak RM 5,000.
Diharapkan dengan sedikit sumbangan zakat ini dapat meringankan bebanan pihak pengurusan sekolah agama yang mengharapkan sumbangan dan infaq orang ramai dalam menguruskan keperluan sekolah agama ini.
