-
Ukhwah Rangkul 2 Anugerah Koperasi
Sempena Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Wilayah Persekutuan, Koperasi Ukhwah telah di anugerahkan dengan 2 anugerah iaitu : Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2017 Tempat Ke-8 Koperasi Terbaik Sektor Pembangunan Hartanah Dan Industri Pembinaan Hari Koperasi Negara ini telah diadakan di Lorong Medan Tuanku 1, Kuala Lumpur selama 3 hari bermula 25 hingga 27 Ogos 2017. Kira-kira 50 tapak pameran telah disediakan kepada para pempamer yang terdiri daripada sektor koperasi,... -
Tiga Koperasi Bergabung Anjur Majlis Aidilfitri
Petikan dari Harian Metro Online;Jumaat, 21 Julai 2017 _ Kuala Lumpur: Majlis Mesra Ria Aidilfitiri 2017 berjaya menghimpunkan tiga badan koperasi meskipun berlainan entiti dan pengurusan membabitkan Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (UKHWAH), Koperasi Bersatu Tenaga Malaysia Berhad (Kobeta) dan Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad (KoPuteri). Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Ukhwah Razman Rahim berkata, majlis berkenaan menghimpunkan ahli daripada tiga koperasi dan rakan perbankan meliputi 600 jemputan. “Inisiatif menyatukan tiga... -
Agihan Sumbangan Bubur Lambuk Ukhwah
Koperasi Ukhwah hari ni telah membuat pengagihan Bubur Lambuk kepada orang ramai. Program yang bermula jam 4 petang ini telah diadakan di hapan pejabat Koperasi Ukhwah, Medan Tuanku, KL. Kira-kira 300 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai yang melalui Lorong Medan Tuanku 1. Turut serta dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ukhwah, Mohamad Razman Rahim -
Majlis Iftar & Sumbangan Zakat Kumpulan KOOP
Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Koperasi Medan Tuanku serta Majlis Penyerahan Zakat. Koperasi Ukhwah, Kobeta & Koputri telah menyerahkan zakat kepada Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dan PSIAKU AZWAR. Semua yang terlibat diraikan dalam satu majlis di Dewan UCC Medan Tuanku, Kuala Lumpur, yang dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan En. Jaafar Ahmad -
Sumbangan Zakat Ukhwah Surau Al-Hamidin
Majlis penyerahan sumbangan zakat Ukhwah kepada golongan asnaf sekitar Taman Cahaya, Ampang. Sumbangan berupa keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, susu, telur, sardin dan teh diberikan kepada kira-kira 23 orang asnaf yang terpilih. Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Yg Bhg Tn. Hj Hassan Gondol, Naib Pengerusi Koperasi Ukhwah di Surau Al-Hamidin, Taman Cahaya, Ampang, Selangor