Alhamdulillah, Al-Haliimul’alim, Al-Hakiimulkhobir, Zulquwwatil Matin, yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk hambanya hidup, menunaikan solat , belajar, bekerja dan mencari kemajuan. Sungguh hamba-hambaMu ini bersyukur dengan tidak terhingga kepadaMu atas rahmat dan keizinanMu untuk Koperasi UKHWAH menjalankan perniagaan dan terus maju jaya.
Untuk terus maju ke hadapan Anggota Lembaga Koperasi UKHWAH demi menjalankan amanah dan tanggungjawabnya mengemudi perjalanan perniagaannya berpandukan kepada teori dan kajian ilmiah secara global.
Penemuan Kamal (2013) melalui Statistical Package for Sosial Science t-test analysis mendapati bahawa fenomena kejayaan koperasi kredit menunjukkan terdapat perbezaan antara koperasi kredit yang ada menjalankan perniagaan lain selain dari aktiviti kredit dengan yang tidak ada menjalankan perniagaan lain, atau dengan kata lain kejayaan koperasi dipengaruhi oleh koperasi yang ada menjalankan perniagaan lain selain dari aktiviti kredit.
Statistical Package for Sosial Science Pearson Correlation analysis juga mendapati bahawa produk pembiayaan secara Islam mempunyai hubungan signifikan kepada fenomena kejayaan koperasi kredit , atau dengan kata lain kejayaan koperasi dipengaruhi oleh koperasi yang banyak mengetengahkan produk dan perkhidmatan Islamic compliance kepada anggota dan pelanggannya.
Penemuan di atas adalah selaras dengan tuntutan hukum fardu kifayah, seperti firman Allah S.W.T. bermaksud :
“ Akan ditimpa kehinaan manusia itu di mana sahaja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan manusia (habluminaAllah dan habluminannas)”. Surah Ali Imran : ( 3-112)
Selamat maju jaya Koperasi UKHWAH.