kHAIRAT KEMATIANMenawarkan sumbangan khairat kematian kepada anggota dan pasangan.*Mengikut Terma dan Syarat
AGEN KORPORAT TAKAFUL (Etika Takaful & Takaful Ikhlas)Menawarkan perkhidmatan perlindungan takaful am dan bermotor kepada semua anggota koperasi dan rebat khas buat anggota yang layak.*Mengikut Terma dan Syarat

Syarat-syarat Keahlian Ukhwah

Keahlian Ukhwah hanya terbuka melalui pinjaman peribadi sahaja

Syarat-syarat Pemberhentian Ahli dan Pemulangan Tabungan

  1. Anggota telah menyelesaikan sebarang pembiayaan dengan koperasi ukhwah
  2. Anggota perlu menghantar notis rasmi secara email / fax / pos atau serahan tangan
    Fax : 03-26910530
    Email : membership@ukhwah.com.my
    Alamat :
    Koperasi Ukhwah (M) Berhad
    No 8 Lorong Medan Tuanku 1
    50300 Kuala Lumpur.
  3. Butir-butir yang diperlukan bagi notis rasmi adalah seperti dibawah :
    1. Nama penuh
    2. No. Kad pengenalan
    3. Alamat surat menyurat yang lengkap
    4. No. Akaun simpanan anggota yang aktif
    5. No. Telefon
    6. Tandatangan pemohon
  4. Anggota tidak dibenarkan memohon sebarang pembiayaan baru setelah notis rasmi dihantar
  5. Penamatan anggota berkuatkuasa dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh notis rasmi diterima
  6. Proses pemulangan tabungan, yuran, saham dan dividen (jika ada) mengambil masa sekitar 12 
    bulan selepas tamat potongan gaji yang terakhir. 

1. Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi melalui pembiayaan peribadi?

  1. Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terpilih
  2. Berumur 19 hingga 56 tahun
  3. Berjawatan tetap (minima 6 bulan berkhidmat)
  4. Potongan gaji (termasuk pembiayaan baru) tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan
  5. Pendapatan minimum RM1500 ke atas layak memohon

2. Bagaimana cara untuk membuat permohonan atau tuntutan khairat kematian?

  1. Semua permohonan itu adalah hak mutlak ahli yang harus dituntut. Dan permohonan mestilah tidak melebihi enam bulan dari peristiwa kejadian.
  2. Ahli hanya perlu menunjukkan bukti berkaitan serta surat permohonan. Pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada syarat-syaratnya tersendiri.
  3. Hubungi bahagian keanggotaan: 03-26914530/03-2694 2530/03-2692 5530 dan faks: 03-2694 1530/03-2691 053

3. Bagaimana jika seseorang ingin berhenti daripada keahlian?

  1. Ahli hanya perlu menulis surat rasmi dan bertandatangan. Surat itu boleh dipos atau fax (03-26941530) ke pejabat Ukhwah atau email ke membership@ukhwah.com.my.
  2. Jika ahli ada membuat pinjaman peribadi, pinjaman itu harus dilunaskan terlebih dahulu.
  3. Proses menamatkan keahlian memerlukan masa untuk diproses*

4. Berapa lama proses menamatkan keahlian dan potongan keahlian melalui Angkasa?

  1. Proses menamatkan keahlian mengambil masa 2 hingga 3 bulan dari tarikh penerimaan surat permohonan pemberhentian ahli oleh pegawai Ukhwah.
  2. Potongan BPA akan tamat serentak dengan penamatan keahlian.
  3. Proses pemulangan tabungan, yuran dan saham anggota mengambil masa sekitar 12 bulan selepas tamat potongan yang terakhir.
  4. Sebaiknya ahli yang ingin menamatkan keahliannya boleh menghubungi terus  Pn.Haznin/Pn. Shahira 03-2691 4530 di pejabat Ukhwah sebaik saja tamat pemotongan  pinjaman dalam slip gaji ahli.
Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
[daily_salat_times]
Staff Login