« of 4 »

Syarat / Kelayakan Pinjaman

  1. Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terpilih
  2. Berumur 19 hingga 56 tahun
  3. Berjawatan tetap (minima 6 bulan berkhidmat)
  4. Potongan gaji (termasuk pembiayaan baru) tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan
  5. Pendapatan minimum RM1500 ke atas layak memohon
  6. Tempoh bayaran balik 24 bulan sehingga 120 bulan
  7. Pembiayaan Bertindih (Overlap) dan Penyelesaian Akaun Disenarai Hitam (Blacklist) dibenarkan

Dokumen Sokongan

  • Kad Pengenalan (3 salinan)
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (3 salinan setiap bulan)
  • Penyata penyelesaian terkini bagi menyelesaikan (overlap) pinjaman lama
  • Surat Pengesahan Jawatan
  • Salinan Penyata/Buku Akaun Simpanan Maybank (1 salinan)
  • Surat opsyen bersara jika berumur 50 tahun ke atas
  • “Allotment Form” bagi pemohon dari Sabah dan Sarawak (5 salinan)
  • Surat Emolumen dari kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (1 salinan)

* Setiap salinan perlu disahkan oleh majikan

1. Siapakah yang layak memohon Pembiayaan Peribadi UKHWAH?

  • Pembiayaan ini terbuka kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih. Pemohon hendaklah mencapai usia 19 tahun dan umur maksima yang dibenarkan adalah 53 tahun. Pemohon hendaklah berjawatan tetap, telah disahkan perkhidmatan dan berkhidmat melebihi 6 bulan.

2. Berapakah jumlah pembiayaan maksimum?

  • Pembiayaan maksimum adalah RM 200,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus.

3. Bolehkah pembiayaan ini digunakan untuk menyelesaikan tunggakan dan tanggungan dari institusi kewangan yang lain?

  • Boleh. Sila sertakan penyata baki semasa pemohon. Bagaimanapun ia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru, kadar potongan mestilah tidak melebihi had 60% yang ditetapkan.

4. Adakah pembiayaan ini memerlukan penjamin?

  • Tidak.

5. Berapa peratuskah jumlah bersih pembiayaan yang akan diterima oleh pemohon?

  • Pemohon akan menerima 87 peratus hingga ke 90 peratus daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan setelah ditolak caj-caj yang berkaitan.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?

  • Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan kasar.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?

  • Semua jenis elaun / imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh: elaun khidmat awam, elaun perumahan, dan lain-lain.

8. Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan?

  • Tidak. Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

9. Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan peribadi ini?

  • Setiap permohonan akan diproses untuk kelulusan dalam jangkamasa 7 hingga 10 hari bekerja.

10. Adakah pemohon yang telah disenarai hitam (blacklist) layak memohon?

  • Pemohon yang pernah disenarai hitam (Blacklist) masih layak memohon. Kelulusan permohonan bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan pemohon untuk menyelesaikan akaun pinjaman yang telah disenaraihitamkan (sebahagian atau sepenuhnya).

11. Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?

  • Tempoh adalah dari 24-120 bulan.

12. Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?

  • Pembayaran balik adalah melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).

13. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan ini?

  • Dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan kad pengenalan, 1 bulan slip gaji terkini dan 3 salinan untuk setiap bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan) dan penyata penyelesaian awal (jika berkaitan).

14. Bagaimanakah cara untuk memohon pembiayaan ini?

  • Sila dapatkan borang permohonan di ibu pejabat UKHWAH atau hubungi pegawai pemasaran yang dilantik atau boleh menghubungi kami di talian 03-2691 3357 / 2691 0233.

15. Apakah syarat-syarat untuk menjadi anggota koperasi?
Syarat-syarat untuk mendaftar sebagai anggota koperasi adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun.
  • Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi ini; dan.
  • Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang dari keanggotaan mana-mana koperasi.

16. Bolehkah pendaftaran sebagai ahli Ukhwah dibuat sekiranya pemohon tiadak mempunyai akaun Pembiayaan Peribadi Ukhwah?

  • Boleh, pemohon hanya perlu mendaftar dan membayar yuran bulanan. Pemohon seterusnya akan didaftarkan sebagai ahli kelab UkhwahCare dan boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Pejabat Pemasaran Ukhwah

No. 25, Level 4, Kobeta Business Suite 2, 
Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur
Tel : 603 – 2698 6922 / +6o3 – 2202 8818

Unit Keanggotaan Ukhwah

Tel : 603 – 2692 9403 – Siti Haznin

Semakan Agensi/Staf Pemasaran Berdaftar 

Hanya Staf Pemasaran/Agen Koperasi Ukhwah yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk memasarkan produk pembiayaan ini. Pemohon-pemohon pembiayaan disarankan membuat semakan agen berdaftar melalui laman sesawang Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad atau SMS ke 019-3694507. Semakan boleh dibuat melalui pengesahan no kad pengenalan staf pemasaran/Agen Koperasi.