Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang mulia ini, seluruh Ahli Lembaga, pengurusan dan warga kerja Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh anggota, pelanggan serta umat Islam.
Semoga pengorbanan dan keikhlasan yang dizahirkan dalam kehidupan seharian menjadi asbab keberkatan, perpaduan dan kesejahteraan buat kita semua. Aidiladha mengajar kita erti keimanan, kesabaran dan semangat kebersamaan dalam membantu sesama insan.
Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran, keharmonian dan rahmat daripada Allah SWT.
✨ “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta kamu, tetapi Dia memandang kepada hati dan amalan kamu.” ✨