Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1448H Kepada Semua
Sempena kedatangan Awal Muharam, seluruh Ahli Lembaga Koperasi, pihak pengurusan dan warga kerja Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1448H kepada seluruh anggota, pelanggan dan umat Islam.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan yang berterusan serta mengukuhkan semangat hijrah ke arah kehidupan yang lebih cemerlang dan diredai Allah SWT.
“Hijrah Membawa Perubahan, Ukhwah Memperkukuh Perpaduan.”
Ikhlas daripada
Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad
Doa Akhir Tahun
(Dibaca pada penghujung hari terakhir tahun Hijrah sebelum masuk waktu Maghrib)
اللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِي عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ، وَلَمْ تَرْضَهُ، وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلُمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي، وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ، فَإِنِّي أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لِي، وَمَا عَمِلْتُ فِيهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِي عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَأَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيمُ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّي، وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِي مِنْكَ يَا كَرِيمُ.
Maksud:
Ya Allah, segala amalan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau larang dan aku belum bertaubat daripadanya, sedangkan Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya, serta Engkau tetap bersabar terhadapku walaupun Engkau berkuasa menghukumku, dan Engkau menyeruku supaya bertaubat, maka aku memohon ampun kepada-Mu, ampunilah aku. Dan segala amalan yang Engkau redhai serta Engkau janjikan ganjaran ke atasnya, aku memohon agar Engkau menerimanya daripadaku. Janganlah Engkau putuskan harapanku terhadap-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.
🌟 Doa Awal Tahun
(Dibaca selepas Maghrib pada malam 1 Muharam)
اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيمِ وَجُودِكَ الْمُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ، نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ وَجُنُودِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالِاشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْكَ زُلْفَى، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.
Maksud:
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Kekal, Maha Dahulu dan Maha Awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kemurahan-Mu tempat kami bergantung. Ini adalah tahun baharu yang telah tiba. Kami memohon kepada-Mu agar dipelihara daripada godaan syaitan, para pengikut dan tenteranya. Kurniakanlah bantuan untuk menundukkan nafsu yang sentiasa mengajak kepada kejahatan serta dorongan untuk melakukan perkara yang mendekatkan diri kepada-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia.
🤲 Semoga tahun baharu Hijrah membawa keberkatan, kesihatan, rezeki yang halal, kejayaan serta rahmat Allah SWT buat kita semua. Aamiin.
Menu
Bilik Berita
Hubungi Kami
| Unit Pemasaran & Pembiayaan |
| +603 - 2698 6922 | |
| +603 - 2202 8818 | |
| marketing@ukhwah.com.my | |
| Maklum Balas |
| Agensi Pemasaran |
| +603 - 2692 9222 | |
| agma@ukhwah.com.my |
| Unit Keanggotaan |
| +603 - 2692 9403 | |
| membership@ukhwah.com.my |
