Majlis Berbuka Puasa Dan Zakat Ukhwah
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, satu majlis berbuka puasa anjuran Koperasi Ukhwah telah lagi diadakan. Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Ukhwah, Medan Tuanku ini bagi meraikan kira-kira 50 orang kakitangan Ukhwah serta bahagian pentadbiran & Ahli Lembaga Koperasi Ukhwah.
Selain dari majlis berbuka puasa, Ukhwah juga turut menyampaikan sumbangan zakat bernilai RM5000 kepada pihak asnaf anak yatim iaitu PKDP Permata Hatiku Kuala Lumpur & Selangor yang diwaliki Pn. Siti Mariam. Sumbangan telah disampaikan oleh Penasihat Ukhwah Dato’ Hj Abdullah Mahmood. Turut mengiringi Penasihat Ukhwah Dato’ Musa Muhammad, Pengerusi Ukhwah Dato Sri Dr. Hj Mustapa Kamal Maulut & CEO Ukhwah Razman Rahim.
Ukhwah juga turut mengagihkan sumbangan duit raya kepada kira-kira 70 orang pelajar maahad Tahfiz. Majlis ini diakhiri dengan solat fardhu Isyak dan solat sunat Tarawikh secara berjemaah.


























