-
Ukhwah Sumbang Zakat Kepada Penduduk Larut
Ukhwah telah menyampaikan sumbangan zakat bernilai RM5000 kepada Hj. Zamzuri, salah seorang penduduk di Batu Kurau, Perak. Sumbangan zakat ini bertujuan untuk beliau membaiki rumahnya. Sumbangan telah disempurnakan oleh CEO Ukhwah Mohamad Razman Rahim dan disaksikan oleh Menteri KPDNKK merangkap Ahli Perlimen Larut YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Pengerusi Eksekutif SKM Dato’ Dr. Noor Zari Hamat, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM Tn. HJ Mat Deris Jusoh serta beberap dif-dif terhormat... -
Serah Zakat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Koperasi Ukhwah bersama Kumpulan KOOP Medan Tuanku masih meneruskan Program Salam Ziarah 2018. Kali ini telah dimulakan dengan memberi sumbangan zakat kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Sumbangan ini dibuat rentetan dari kejadian yang telah menimpa pusat tahfiz ini pada tahun lalu di mana ianya telah mengalami kebakaran sehingga mengorbankan beberapa orang pelajar serta guru. Sehubungan itu, Ukhwah telah mengambil inisiatif dengan memberi bantuan kepada pusat... -
Serah Zakat Tahfiz Di Banting, Selangor
Majlis serahan zakat Koperasi Ukhwah telah diadakan di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Al Azim, Kampung Kelawang, Banting, Selangor. Sumbangan berupa 20 buah tilam untuk kegunaan para pelajar beserta wang tunai RM2000. Serahan zakat ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj Hassan Gondol, Naib Pengerusi Ukhwah. -
Ukhwah Menaja Program Fiesta Larut 2017
Ukhwah memberi tajaan kepada Program Fiesta Larut yang diadakan di Kompleks Sukan Astaka Batu Kurau pada tahun ini Selain itu, pihak penganjur juga turut menyediakan sebuah tapak pameran untuk mempromosikan produk-produk milik Ukhwah Program yg berlangsung selama 3 hari ini disajikan dengan berbagai aktiviti dari pagi hingga ke malam seperti pameran, sukan, konsert, pertandingan dan sebagainya. Turut diadakan cabutan bertuah. -
Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Ukhwah Ke 14
Sekitar majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Ukhwah kali ke-14.