-
Pemenang Ke2 & Ke3 #duitkatmana Ke Bali
Tahniah dan Selamat Bercuti diucapkan kepada pemenang tempat kedua Che Sa Sarepudin dan ketiga Ahmd Fzl Service Runner bagi Peraduan #duitkatmana. Gambar kenangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad, Encik Razman Rahim di balai berlepas sebelum pemenang berangkat ke Bali, Indonesia. -
Lawatan UNIVA Ke Ukhwah
Pihak Koperasi Ukhwah telah menerima kunjungan dari Universitas Al Washliyah Medan (UNIVA), Medan, Indonesia. Rombongan yang terdiri dari 6 orang pengurusan serta 6 orang mahasiswi Universiti UNIVA diketuai oleh Presiden UNIVA dan di sambut oleh CEO Ukhwah, Mohamad Razman. Rombongan ini merupakan sinambungan kerjasama hasil dari lawatan Ukhwah ke Medan sebelum ini. Pihak Koperasi Ukhwah juga turut menerima 6 orang mahasiswi dari dari jurusan Ekonomi untuk membuat program praktikal... -
Ukhwah Sampaikan Sumbangan Zakat
Majlis serahan Zakat Koperasi Ukhwah telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Masjid Saidina Othman, Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Seramai 40 pelajar miskin telah dipilih untuk menerima sumbangan zakat bagi meringankan sedikit bebanan keluarga mereka. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ukhwah, Muhammad Razman Rahim. Turut hadir Naib Pengerusi Ukhwah, Tuan Hj. Hassan Gondol. Ucapan terima kasih kepada Pengetua, Guru, Pelajar & Ibubapa yang terlibat dalam... -
Lawatan Ukhwah Ke UPMI Medan
Delegasi Koperasi Ukhwah seramai 9 orang telah membuat lawatan ke Universitas Pembangunan Masyarakat Indonesia (UPMI) di kampus 3, Medan Indonesia. Rombongan yang diketuai oleh CEO Koperasi Ukhwah, Razman Rahim turut memberi taklimat tentang ‘Pengurusan Koperasi’ kepada para pelajar UPMI. Selain dari CEO Ukhwah, rombongan ini turut disertai oleh Timbalan Pengerusi Ukhwah, Tn. Haji Hasan serta Setiausaha Koperasi Ukhwah, Pn. Norlin Muhammed. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. -
Program Salam Ukhwah Ke Melaka
Majlis Sumbangan sempena Program Salam Ukhwah menjelang Ramadhan bertempat di Madrasah Islahiah, Kampung Kelemak Dalam, Alor Gajah, Melaka. Sumbangan berupa barangan keperluan dapur diserahkan kepada golongan fakir miskin yg tinggal dipersekitaran ini. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hassan selaku Naib Pengerusi Koperasi Ukhwah dan Pengerusi Madrasah Islahiah Tn. Haji Shamsudin Othman