Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Kumpulan Koperasi Disambut Dengan Meriah

609 Views

Rumah Abang Jamil, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Selasa | 14 April 2026

Satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Koperasi Ukhwah bersama Kumpulan Koperasi Medan Tuanku telah berlangsung dengan meriahnya. Majlis yang diadakan di Rumah Abang Jamil Jalan Ipoh telah dihadiri dan dimeriahkan oleh kakitangan koperasi, rakan-rakan niaga serta jemputan dari badan-badan kerajaan.

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi ini dianjurkan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga koperasi dan rakan niaga, selaras dengan nilai kebersamaan yang dititikberatkan dalam sambutan Aidilfitri. Para tetamu turut disajikan dengan pelbagai juadah tradisional seperti nasi minyak, ketupat, rendang, lemang serta aneka kuih-muih serta pelbagai lagi juadah yang disediakan.

Sebagai pengisian utama majlis, sesi penyerahan zakat wakalah telah diadakan melibatkan penerima golongan asnaf yang layak. Penerima kali ini terdiri daripada 50 orang pelajar asnaf dari SMK Ibrahim Yaacob. Inisiatif ini mencerminkan komitmen koperasi dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat serta memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam menyambut perayaan Aidilfitri.

Antara jemputan VIP yang hadir ialah Y.Bhg Left. Jen (B) Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (Pengerusi SKM), Tuan Haji Fadilah bin Salim (Pengarah SKM Wilayah), En. Mohd Fadzli bin Mat Lahim (Timbalan Pengarah SKM Wilayah) dan ramai lagi.

Menurut Datuk Razman selaku Pengerusi Kumpulan Koperasi Medan Tuanku, program seumpama ini diharap dapat diteruskan secara konsisten sebagai usaha memperkukuh jaringan komuniti di samping menyemai nilai keprihatinan dan semangat saling membantu dalam kalangan koperator.

Majlis berakhir pada jam 3.00 petang dalam suasana penuh harmoni, mencerminkan semangat perpaduan dan kesejahteraan komuniti yang terus utuh.

Ibu Pejabat UKHWAH
  No 8, Lorong Medan Tuanku 1,
  50300 Kuala Lumpur
  +603 - 2692 9222
  +603 - 2691 2530
  info@ukhwah.com.my
Unit Pemasaran & Pembiayaan
  +603 - 2694 5922
  +603 - 2694 3922
  marketing@ukhwah.com.my
Unit Keanggotaan
  +603 - 2692 9403
  membership@ukhwah.com.my
Unit Settlement
  +603 - 2692 9222 ext 128
  fullsettlement@ukhwah.com.my
Kuala Lumpur, Malaysia
Thursday, 30th April, 2026
SalatTime
Fajr5:46 AM
Sunrise7:04 AM
Zuhr1:10 PM
Asr4:29 PM
Magrib7:17 PM
Isha8:27 PM
Staff Login